Post by Administrator on Aug 1, 2011 4:52:34 GMT 8
Puasa - secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan @ minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.
Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, berkata-kata yang buruk atau sia-sia dan daripada bertengkar atau bergaduh. ini kerana puasa merupakan medal latihan kesabaran, kejujuran dan bertolak ansur sesama sendiri. maka secara tidak langsung, puasa juga menolong menanam sikap yang baik dan berbudi.
"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajubkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa."
(Surah Al-Baqarah : 183)
Syarat wajib puasa
1. Berakal/waras
2. Baligh (cukup umur)
3. Mampu/tidak uzur.
4. Islam
Syarat sah puasa
1. Orang Islam
2. Mumayyiz (tahu membezakan yang baik dan buruk)
3. Suci dari haid dan nifas
4. Sempurna akal fiirannya pada hari itu.
5. Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa.
6. Menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa.
Rukun puasa
1. Berniat pada malam harinya
2. Imsak (menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari).
Sunat puasa
1. Makan sahur serta melambatkannya
2. Menyegerakan berbukan dan sunat berbukan dengan buah kurma atau benda-benda yang manis atau air.
3. Menjamu orang-orang berbuka puasa.
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan.
Perkara yang membatalkan puasa
1. Makan dan minum dengan sengaja walaupun pada nilaian dan kadaran yang sedikit
2. Muntah dengan sengaja.
3. Bersetubuh atau keluar air mani dengan sengaja.
4. Keluar darah haid atau nifas.
5. Gila (hilang akal)
6. Pitam (termasuk pengsan) atau mabuk sepanjang hari.
7. Merokok disiang hari (termasuk menghisap ganja atau dadah).
8. Murtad (keluar dari Islam).
9, Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka seperti menyembur pewangi atau menhegar mulut dan sebagainya. Larangan ini tidak termasuk memasukkan air tau udara kedalam rongga terbuka kerana ingin berwuduk atau melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada rongga (dengan syarat air tersebut tidak diminum atau ditelan dengan sengaja).
Mereka yang diizinkan berbuka (harus)
1. Orang yang sakit
2. Orang yang berkerja buruh
3. Orang yang dlam musafir (perjalanan)
4. Orang tua yang sudah lemah
5. Orang yang hamil dan ibu yang menyusukan anak
Doa berbuka puasa
"Ya Allah, aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan."