|
Post by Administrator on Sept 19, 2008 15:03:01 GMT 8
Citer 1 Suami : Kenapa Sayang menangis? Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang.. Suami : Buku apa? Isteri: Buku bank abanglah..
Citer 2 Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.
Citer 3 Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik, Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati Amin. : Shan. Kenapa menangis? Amin : Saya datang untuk ujian darah. Shan : Awak takut ke? Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya. (Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.) Amin : Eh, kenapa pula awak menangis? Shan : Saya datang untuk ujian air kencing...
Citer 4 3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!
Citer 5 Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan. Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum? Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir. Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum? Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...
Citer 6 Seorang Tok Batin baru membeli motosikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawannya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawannya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawannya itu, Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja. Tok Batin : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Citer 7 Seorang posmen yang datang menghantar surat . " Assalamualaikum " " Walaikumsalam " " Ni rumah encik Sameon ye? " Ya saya" " Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni " " Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"
;D
|
|
|
Post by Administrator on Sept 26, 2008 23:18:30 GMT 8
Seorang jururawat di hospital sakit jiwa melihat seorg pesakit sedg menulis surat.
Jururawat : Encik sedang menulis surat untuk siapa tue? Pesakit : Aku tulis surat utk diri sendir Jururawat : Ohhh...Jadi,apa yg kamu tuliskan? Pesakit : Manalah aku tau?Esok pagi bila posmen hantar, barulah aku boleh baca.Apalah bengong sgt kau nie.mana ada kiter tulis surat pastu terus baca.mesti kite poskan dulu.BODOH Jururawat : &*^%#@
Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..
Cikgu: "Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?" Ijoi : "Ada tiga, cikgu." Cikgu: "Awak yang paling tua, ke?" Ijoi : "Bukan saya, datuk saya...".
Anak dan bapa
Jamil pulang dari sekolah dan bercerita pada bapanya yang tidak pernah bersekolah. Jamil: Ayah, tadi saya dimarah oleh cikgu! Ayah: Kamu buat silap apa, Jamil? Jamil: Tadi saya tidak dapat menjawab pertanyaan cikgu. Ayah: Apa yang cikgu tanya? Jamil: Cikgu tanya, di mana letaknya Washington. Ayah: Itupun kamu boleh tak tahu! Lain kali kalau kamu sudah meletakkan sesuatu benda, jangan lupa di mana tempatnya!
1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please? Jawapan: maap.sini bukan balai polis.
2. Soalan: haloo, siapa disana? Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..
3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak? Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.
4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323? Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.
5. Soalan: haloo, mak ade rumah? Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.
6. Soalan: haloo timah, buat ape tu? Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..
7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti? Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.
8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye. Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap
9. Soalan: halloo...... Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?
10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya... Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.
11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412? Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.
12. Soalan: assalammualaikum... Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib jawab)
salah naik bas
Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek.
Si nenek memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata, "Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"
Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."
surat cinta gadis melayu untk boyfren omputih Timah ingin putuskan hubungan dengan boyfriend omputihnya melelui surat. Suratnya berbunyi begini:-
Hi steve,
My motive write dis letter to giv know u something. I want to CUT CONNECTION us. I saw u PLAY WOOD THREE in front my eyes. So, I break connection to PULL MY BODY from dis luv. I hav think about dis very COOK-COOK. I know I CLAP 1 HAND only. I don trust u again! U are really CROCDILE LAND! I don want u to PLAY-PLAY with my LIVER. I hav been crying until no more eye water. I don want BANANA TO FRUIT 2 TIMES. SAFE WALK!
The true,
Timah
Terjemahan ayat Huruf Besar:
CUT CONNECTION - PUTUS HUBUNGAN PLAY WOOD THREE - MAIN KAYU TIGA PULL MY BODY - TARIK DIRI COOK-COOK - MASAK-MASAK CLAP 1 HAND - TEPUK SEBELAH TANGAN CROCDILE LAND - BUAYA DARAT BANANA TO FRUIT 2 TIMES - PISANG MASAK 2 KALI SAFE WALK - SELAMAT JALAN
|
|
|
Post by Administrator on Oct 4, 2008 17:14:32 GMT 8
Aji dan 20 ekor ayam Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia berjumpa Pak Kadir “Tauke Ayam” untuk membeli ayam .
Lelaki kaya : “saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah) Pak Kadir : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”
Setelah itu Pak Kadir memanggil Aji dan berkata….
Pak Kadir : “Ji, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)” Aji : Antar ayam.. siap Boss….
Keesokan harinya Aji membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari behamburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan si Aji, akan tetapi si Aji malah ketawa mengilai ngilai dan berguling guling.
Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?” Aji : “Ha… ha… ha… !” Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?” Aji: “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 18:36:19 GMT 8
Pada satu ketika, ada satu pertandingan untuk orang ramai menunjukkan kehebatan masing masing menggunakan senjata. Ada 2 peserta yang dapat masuk akhir, Zorro ngan Robin Hood. Mereka berdua pun masuk dalam hutan untuk berjalan jalan sambil mencari idea untuk pertandingan mereka. Sedang berjalan jalan, mereka terjumpa seorang perempuan dari kaum orang asli yang sungguh cantik.
Mereka berdua sepakat untuk bertarung dan siapa yang menang akan dapat perempuan tersebut. Mereka pun memanggil perempuan tersebut dan meletakkan sebiji epal d iatas kepala perempuan itu. Memula Zorro nak mulakan pertandingan. Dia pun bergerak sejauh 50 meter dari perempuan itu dan membaling PEDANG nya kearah epal diatas kepala perempuan tu. Zuuupppp, terbelah dua epal tu. Perhgggg, dengan bangganye, si Zorro jerit... "I AM ZORRO... .."
Kemudian giliran Robin Hood plak. Dia mengambil jarak 100 meter. Kemudian menggunakan ANAK PANAH nye. Zuuupppp, terbelah dua epal yg baru diletak atas kepala perempuan asli tu. Dengan jobonye jugak... . si Robin Hood kata... "I AM ROBIN HOOD..."
Sedang mereka bertarung, lalu lah seorang penduduk lelaki orang asli disitu.
Dia merasa tercabar kerana dengan senang lenang nye pompuan kaum dia nak kena kawin ngan orang luar. So, atas rasa tanggungjawab, dia pun masuk pertandingan tu jugak. Dengan menggunakan sumpit dan jarak 150 meter, kini giliran orang asli tu plak. ZZZZUUUUUPPPPP... ... ... ... .!!!! PPRRAAPP.
Kena kepala pompuan tu dan mati. Dengan selamba orang asli tu kata... "I AM SORRY... .!!"
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 18:38:11 GMT 8
Seorang peguam yang sangat berjaya memberhentikan Mercedes Benz siri S terbarunya di depan pejabatnya.. ketika dia membuka pintu keretanya.. sebuah lori melintas terlalu dekat menyebabkan terlanggar dan menerbangkan pintu kereta itu sekaligus menghentam bahagian depan Mercedesnya dgn kuat..
Orang ramai segera datang berkerumun dan mereka melihat peguam itu menjerit-jerit dan menangis dengan histeria sambil menunjuk keretanya yang sudah kemek itu.
Beberapa minit setelah dia dapat menguasai emosinya, beberapa orang menggeleng-gelengkan kepala dan memandang hina kepada peguam itu. Seorang dari mereka berkata, "Saya tidak sangka yang sifat matrelialistik engkau sudah keterlaluan dan mata duitan. engkau hanya pentingkan harta dan tidak pentingkan benda lain"
"Kenapa engkau berkata demikian?", tanya si peguam lelaki itu menjawab..
"Tidakkah engkau tahu yang lengan kiri engkau terputus diseret lori tadi?"
"Ya Tuhan!!", jerit si penguamcara tadi dengan kuat..
"Di mana jam tangan Rolex saya?!!"
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 21:01:51 GMT 8
Pulau Hokkaido jauh ketengah Gunung Fuji bercabang tiga Hancur Raksaser di'fire' Ultraman Ultraman yg baik dikenang jua
Dua tiga Raksaser berlari Maner nak samer Raksaser Kero Dua tiga Ultraman boleh kucari Maner nak samer Ultraman Taro
Kalau roboh Kota Narita Papan di Tokyo Ultraman dirikan Kalau sungguh itu keje Raksaser Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan
Kajang Pak Malau kajang berlipat Kajang hamba mengkuang layu Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat Ultraman Taro datang membantu
Buai laju-laju Sampai Pokok Sena Apa dalam baju? Ader lampu nyaler
Mengata dulang paku serpih Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih
Sudah geharu cendana pula Sudah kalah di'fire' pula
Orang berbudi kiter berbahaser 'Fire' diberi pada raksaser.
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 22:41:19 GMT 8
1. "Kenapa lelaki perlu beristeri tiga... ." Jawapannya kerana : kerana kalau kawin satu isONE kalau kawin dua isTWO kalau kawin tiga barulah isTERI... ..
2. SENYUM pada orang tua tanda sayang. SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih. SENYUM pada kekasih tanda cinta. SENYUM depan telefon tanda gila, masih SENYUM lagi... memang sah GILA!
3. " Manusia jatuh CinTa??Tak heran... " Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh... MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE ) MASIH PICIT?? LUAR BIASA!!!!
4. "Cinta..ibarat kentut... " makin dipendam makin gelisah... bila di lepaskan ... ... . ahhhhhhh lega rasanya... ... .
5.Aku terpaku dek renungan matamu, hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini? nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN.. lalu ku bertanya, "kau..kentutkan?"
6. "... bila hidupmu dlm kegelapan, " maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 23:38:45 GMT 8
Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut . . "
"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"
"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "
"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"
"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "
" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ."
"Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"
"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"
"Bye... I Love you too..."
Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :
"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "
|
|
|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 23:51:38 GMT 8
Ini ada satu cerita dari saorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.
Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.
Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".
Tammatlah satu kesah.
|
|
|
Post by Administrator on Aug 17, 2009 22:31:51 GMT 8
Al-kisah ada sorang pembantu rumah yang baru jer kena pecat oleh majikan cinanya. Pembantu rumah nie rasa tak puas hati sebab dia rasa dia nie pekerja yang taat dan rajin. Sebelum dia pergi, dengan sedihnya dia pun mengeluarkan wang RM5 dan memberinya kepada anjing majikannya. Majikannya berasa hairan lalu bertanya.
"Apa pasal lu bagi itu anjing duit? Dia mana tau pakai duit" Pembantu rumah tu pun menjawab, "Dia bespren gue. Gue nggak mau lupa sama teman yang slalu nolongin gue buat kerja"
"Apa keje dia tolong?" soal majikan tu lagi.
"Dia nolongin gue bersihkan semua pinggan mangkuk. Jadi gue nggak perlu cuci"
|
|
|
Post by Administrator on Aug 17, 2009 22:32:18 GMT 8
Cikgu : Mat, di mana letaknya Australia ? Mat : Di sini, Cikgu! ( sambil menunjuk pada peta ) Cikgu : Bagus! Sekarang Chot, siapa yang menjumpai Australia? Chot : Mat, Cikgu!
|
|
|
Post by Administrator on Aug 17, 2009 22:33:09 GMT 8
Suatu hari datang seorang pemuda untuk ditemuduga bagi jawatan warden sebuah penjara.
Pegawai :Awak ada pengalaman ke? Pemuda :Tak ada. Pegawai :Awak mesti dasyat kalau dapat keje kat sini. Pemuda : Kenapa tuan? Pegawai : Banduan di sini ganas-ganas semuanya. Boleh ke awak handle? Pemuda : Ooohhh...tak ada masalah. Kalau diorang menyusahkan saya, saya keluarkan je!!
|
|
|
Post by Administrator on Dec 15, 2010 20:37:21 GMT 8
Kisah 1: Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak... Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata tajam ke arah si isteri... . Perompak : Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu! Isteri : Na... nama sa... saya... Aisyah Perompak : Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu, lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya ia berkata, Perompak : Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku. Suami : Namaku Irwan.. tapi... . semua orang memanggilku Aisyah... . Kisah 2: Kisah 2: Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer menjawab: 47 kg! Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab: 52 kg! Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan: Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai- ramai! Kisah 3: Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan... Samdol :Bang harga durian ini berapa? Org Asli : yang ini.. sepopit sebiji Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya.. Samdol : Bang.. Boleh kurang sikit tak? Orang Asli : Boleh aje, nak kurang berape? Samdol : Lahupa.. boleh ya! Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Samdol.. Orang Asli : Lahupa itu berapa? Samdol : Cakap dulu.. Sepopit itu berapa? Kisah 4: Terdapat 3 orang gila yg mengambil ujian perlepasan hospital . lalu doktor itu bertanya kepada org gila yg pertama, apa yg kau mahu bawa jika berada di gurun, orang gila itu menjawab 'payung, sebab kalau panas saya boleh berteduh' . Lalu org gila itu dilepaskan Doktor itu menanya soalan yg sama kepada org gila kedua, lalu dia menjawab saya akan bawa air, sebab kalau saya haus saya boleh minum lalu org gila itu dilepaskan. Doktor itu menujukan soalan yang sama kepada org gila ketiga lalu dia menjawab saya akan bawa pintu kereta sebab kalau panas saya boleh menurunkan cermin tingkap... lalu org gila itu dimasukkan kembali ke hospital Sumber : apithorrible.blogspot.com/2009/06/cerita-lawak-bodohgelak-dalam-ati-jeh.html
|
|