|
Post by Administrator on Aug 15, 2009 14:12:00 GMT 8
Gajah terbang dengan ape? Dengan susah payah...
Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya? Tahi hidung
Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila? Sbb lelaki ni kan 'buaya'
Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'? Usus
|
|
|
Post by Administrator on Sept 19, 2009 21:42:59 GMT 8
3 kepala, 6 mata, 8 kaki, apakah bendanya tu? Koboi naik kuda bawa ayam ... muhahahah
Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung? Seluar dalam ler.. haha…
Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?? Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai!
|
|
|
Post by Administrator on Apr 11, 2010 11:56:45 GMT 8
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Penguin ..
Lima pasang stokin direndam di dalam laut merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut? semua stokin tu basah ...
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan? Telur ..
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan. Kuih donut ...
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu menghadap sekarang? Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
Apa bezanya jatuh pokok kelapa dengan jatuh perigi? atuh pokok kelapa, naik dulu baru jatuh, jatuh perigi jatuh dulu baru naik.
Kenapa doktor bedah kalau melakukan pembedahan mulutnya ditutup ? Kalau matanya yang ditutup, dia tak dapat melihat!
Kenapa mayat dibungkus kain putih? Kalau dibungkus dengan kain hitam , siapa takut!!
Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam,dan kambing jadi ayam. maka ayam menjadi apa? Ayam jadi banyak!
Apakah yang berada diantara langit dan bumi. dan
Haiwan apakah perutnya di kepala, kakinya dikepala,bahkan mata dan mulutnya juga di kepala? Kutu ler...Sebab memang dok kat kepala orang!
Kenapa kebanyakkan motosikal namanya YAMAHA? Kerana yang menciptanya orang jepun. Kalau arab yang cipta mungkin namanya YAMAHMUD.
Haiwan apakah yang paling tidak sopan? Kutu, kerana sering memijak-mijak kepala orang.
Kenapa koboi mexico kalau berjalan sering membawa gitar? Takkan nak bawak piano pulak! besar tuh!
Seorang lelaki memakai pakaian serba hitam, seluar hitam, kasut hitam, sarung kaki hitam, sarung tangan hitam, dan kacamata hitam. Ia berjalan di sebuah lorong hitam. Seluruh lampu di lorong itu padam. Kemudian, sebuah kenderaan berwarna hitam dengan lampu yang juga padam meluncur memasuki lorong. Namun tepat di depan lelaki itu kenderaan berhenti. Bagaimana mungkin pemandu kenderaan itu boleh melihat lelaki serba hitam itu? Waktu itu adalah siang hari bukannya malam!
Ada sebuah laut besar, dekat laut ada kapal besar, dalam kapal besar ada rumah besar, dalam rumah besar ada orang besar, antara bebanyak ni apa paling besar? Orang tu le penipu besar, mana ada rumah dalam kapal...
10 ekor burung sedang terbang, tiba-tiba berdentum guruh dengan kuat. 6 ekor burung terus terbang tanpa masaalah,namun 4 ekor burung telah jatuh kebumi. Soalannya: Kenapa 4 ekor burung itu jatuh kebumi? Kerana 4 ekor burung itu menutup telinga dengan kepaknya dan menyebabkan ia tidak dapat terbang seperti biasa.
|
|
|
Post by Administrator on Apr 11, 2010 20:00:51 GMT 8
Kenapa biri-biri putih lebih banyak makan daripada biri2 hitam? Kerana biri-biri putih lebih banyak di dunia.
Bulan berapa perempuan paling kurang sekali bercakap? Bulan Februrari, kerana ia bulan paling pendek.
Binatang apa selalu sakit perut? kan kembung.
Tembak lantai kena hidung? Kentut
Besar, putih, bersayap, serta masin. Apakah itu? Kapal terbang jatuh dalam laut
Saya ada 5 biji epal, kamu minta 1, berapa yang tinggal? Tinggal 5 sebab saya tak kasi pada kamu
Bagaimanakah cara untuk melipat gandakan wang dengan cepat? Letak di depan cermin
Ada tak betik yang bahaya kalau di makan? Ada, kalau di makan di tengah-tengah jalan
|
|
akuyz
New Member
Posts: 1
|
Post by akuyz on Sept 1, 2010 14:25:09 GMT 8
tembak 1,kena 2.??
|
|